safieyillias94 Instagram Live IG Live Safiey Illias children sexual grooming Neelofa raya MCO 3.0 SOP TTDI Taman Tun Dr Ismail family Covid-19 vaccine The Kuala Muda District Police Chief said that the nurse who had received Covid-19 vaccination on 12 March died of heart attack yesterday
Foto hiasan

TAIPING – Seorang kontraktor binaan ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes penipuan membabitkan urusan pengubahsuaian rumah milik seorang pesara di sini semalam.

Suspek berusia 41 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping yang diketuai pegawai penyiasat Inspektor T.Selvakumar pada jam 4.15 petang.

Sumber MalaysiaGezette berkata, suspek disyaki memperdayakan seorang pesara swasta berusia 64 tahun dengan alasan mampu ubah suai rumah mangsa dalam tempoh sebulan.

Kata sumber, suspek turut menerima bayaran upah berjumlah RM10,000 untuk kerja pengubahsuaian tersebut.

“Tiada sebarang maklum balas diterima mangsa selepas dua minggu memasukkan wang dimasukkan ke dalam akaun suspek.

“Selain itu, suspek juga gagal dihubungi menyebabkan mangsa tampil membuat laporan pada awal Februari lalu kerana mensyaki menjadi mangsa penipuan kontraktor tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut sumber itu, bertindak atas maklumat dan risikan suspek berjaya ditahan di Jalan Taming Sari, Taiping untuk membantu siasatan.

“Suspek direman selama dua hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – MalaysiaGazette