Peluru berpandu Syria mendarat di Dimona, Israel. foto Agensi

DAMSYIK – Peluru berpandu anti-pesawat Syria telah membedil selatan Israel – kira-kira 30 kilometer dari lokasi nuklear rahsia.

Siren amaran dilaporkan tidak dihidupkan sebelum letupan besar kedengaran di kawasan Dimona.

Setakat ini tiada kecederaan atau kerosakan dilaporkan berlaku.

Tentera Israel berkata, peluru berpandu itu adalah salah satu dari beberapa yang dibedil ke arah pesawat Israel.

Rentetan serangan itu, Israel bertindak balas dengan menyerang beberapa bateri pertahanan udara di Syria.

Tentera Syria berkata, peluru berpandu Israel mensasarkan lokasi sekitar Damsyik.

Sebilangan besar peluru berpandu berjaya dipintas dan dijatuhkan tetapi empat tentera Syria cedera dan ada “beberapa kerosakan material”, tambahnya.

Syria Observatory for Human Rights, sebuah kumpulan pemantau yang berpusat di United Kingdom melaporkan peluru berpandu Israel membedil pangkalan pertahanan udara di bandar Dumayr, kira-kira 40km (25 batu) timur laut Damsyik.

Kawasan itu dipercayai menjadi lokasi depoh senjata dimiliki pemberontak yang menyokong Iran yang bertempur dengan tentera Syria dalam perang saudara negara ini.

Kawasan itu dipercayai menjadi lokasi depot senjata milik milisi yang disokong Iran yang bertempur dengan tentera Syria dalam perang saudara negara itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.