LONDON – Di sebalik kegembiraan Manchester City menjulang Piala Carabao untuk empat tahun berturut-turut kali, Pengurusnya, Pep Guardiola mengumumkan pemain pertahanan, Eric Garcia akan berhijrah ke Barceloan secara percuma pada Jun ini.
Garcia hanya membuat dua penampilan pada musim ini dan tidak beraksi dalam perlawanan akhir Piala Carabao menentang Tottenham Hotspur di Stadium Wembley semalam.
Pemain warga Sepanyol berusia 20 tahun yang melakukan tujuh penampilan dengan pasukan kebangsaan itu melahirkan kekecewaan kerana dipinggirkan City.
Garcia merupakan pemain akademi Barcelona sebelum menyertai City pada 2017.
“Eric adalah pemain kegemaran saya kerana cara pembawaan diri yang ditonjolkannya serta disiplin di atas padang sangat menakjubkan.
“Saya suka memiliki 15 Eric Garcia dalam Manchester City, tetapi jika orang tak puas hati, saya tidak membuka peluang kepadanya untuk beraksi.
“Maka perlulah dibenarkan menyertai pasukan yang ada membuka peluang luas untuk terus maju,” katanya.-MalaysiaGazette