Finance Minister Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz during a special news conference at the Ministry of Finance (MoF) in Putrajaya. PIX: AFFAN FAUZI / MalaysiaGazette / 26 APRIL 2021. BPR Phase 2 cash aid financial
Finance Minister Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz during a special news conference at the Ministry of Finance (MoF) in Putrajaya. PIX: AFFAN FAUZI / MalaysiaGazette / 26 APRIL 2021.

PUTRAJAYA – Keperluan peminjaman yang dilakukan kerajaan adalah jauh lebih tinggi sekiranya kos vaksin sebanyak RM5 bilion tidak diambil daripada dana kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN).

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, sekiranya pinjaman dibuat sasaran defisit mungkin akan meningkat kepada 6.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Menurutnya, peningkatan implikasi Kewangan berbangkit apabila Kerajaan mensasarkan Program Pemberian Vaksin (PPV) selesai lebih awal iaitu pada Disember 2021 berbanding suku tahun pertama Tahun 2022.

“Pembelian stok penimbal dari pelbagai pembekal mengambilkira ketidaktentuan jadual penghantaran vaksin.

“Keperluan vaksin tambahan bagi booster shot untuk individu yang memerlukan dos tambahan bagi imuniti,” katanya pada sidang media khas di kementeriannya di sini hari ini.

Tengku Zafrul berkata, negara telah mewarisi lebih daripada RM1 trilion pinjaman dan liabiliti kerajaan termasuk menjamin pinjaman tanpa sumber pembayaran balik seperti hutang 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) dan PFI untuk perbelanjaan off balance sheet.

Sebagai contoh katanya, obligasi 1MDB sebanyak RM40 bilion cukup untuk membayar kos vaksin lapan kali ganda.

“Jadi, apakah pilihan terbaik yang wajar diambil oleh Kerajaan PN yang mewarisi obligasi untuk membayar balik liabiliti seperti PFI secara off balance sheet, 1MDB, SRC dan sebagainya yang dianggarkan melebihi RM20 bilion setahun untuk lima tahun akan datang.

“Jumlah komitmen ini sepatutnya boleh digunakan untuk membiayai keperluan rakyat pada masa ini, seperti BPR, program subsidi upah, geran khas Prihatin dan terutamanya kos pembiayaan vaksin,” ujarnya.

Justeru kata beliau, kerajaan Perikatan Nasional bukan sahaja memiliki ruang fiskal yang terhad untuk memenuhi obligasi legasi iitu, tetapi juga menghadapi kekangan kewangan dalam menangani krisis Covid-19.

Tambahan pula katanya, negara tidak mahu membebankan generasi akan datang dengan bebanan hutang yang berlebihan dan tidak wajar.

Seperti yang dialami sekarang katanya, kerajaan perlu menanggung bayaran khidmat hutang ke atas hutang-hutang legasi yang tidak produktif serta tanggungan yang dibuat secara off-budget sebelum ini.

“Kerajaan bertanggungjawab menjaga generasi masa kini kerana sekiranya generasi kini terjejas, belum tentu generasi akan datang dapat mengecapi kemakmuran.

“Justeru Kerajaan juga komited untuk menambah semula dana KWAN apabila krisis ini berakhir dan kewangan kerajaan kembali kukuh,” tambah beliau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast