Penerima menerima sumbangan RM400 daripada sumbangan pribadi tuanku dan Majlis Agama Islam Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) beserta beg barang keperluan makanan.

PEKAN – Seramai 156 keluarga dari golongan asnaf disantuni oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan empat anakandanya hari ini.

Pada majlis itu, golongan asnaf menerima sumbangan RM400 daripada sumbangan peribadi YDPA dan Majlis Agama Islam Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) beserta beg barang keperluan makanan.

Seri Paduka berkenan mengurniakan sumbangan tersebut bagi Program Santuni Kasih dan Kurniaan Daerah Pekan melibatkan tiga lokasi di Masjid Kampung Batu Ganchong, Tanjung Medang dan Kampung Pasir Panjang.

Turut berangkat pada majlis yang sama ialah Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah.

Sementara itu, Ketua Kampung Tanjong Batu Ganchong, Ishak Abdul Ghani berkata, penduduk kampung terpilih sebagai penerima terdiri warga emas dan ibu tunggal.

Penerima menerima sumbangan RM400 daripada sumbangan pribadi tuanku dan Majlis Agama Islam Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) beserta beg barang keperluan makanan.

“Terima kasih banyak kepada tuanku kerana sudi mencemar duli memberikan sumbanagan kepada rakyat jelata. Tuanku memang rapat di hati rakyat. Syukur dapat tuanku sebagai raja kami,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette hari ini.

Bagi Aminah Ayob, 38, ibu tiga cahaya mata itu bersyukur dipilih sebagai penerima bantuan oleh pihak MUIP.

Suaminya mencari pendapatan dengan mendapat upah harian daripada kerja kampung sebelum ini hanya mendapat bantuan daripada penduduk kampung.

“Hari ini dapat barang keperluan dapur seperti beras minyak masak dan lain-lain. Rasa teruja sangat, sebelum ini tengok tuanku menerusi televisyen dan jarak jauh, rasa teruja tengok depan-depan,

“Tuanku handsome, peramah, mesra dengan rakyat, anak pun dapat duit raya,” seloroh Aminah.

Manakala bagi Rafidah Maimun Kasim, 77, tahun rasa gembira dapat bersua mata dengan keluarga pemimpin diraja pada usia emasnya.

“Biasa tengok tuanku dari kecil kini dapat menerima sendiri bantuan. Biasa tengok gambar, bila tengok hari ini rasa lain tengok depan mata,”. – MalaysiaGazette