BEIJING – Dua kanak-kanak maut manakala 16 lagi cedera setelah ditikam dengan pisau oleh seorang lelaki yang memasuki sebuah tadika di Beiliu City, Guangxi Zhuang di selatan China.
Media tempatan berkata, dua daripada mereka yang cedera itu dalam keadaan kritikal.
Polis telah menahan seorang suspek dan siasatan mengenai serangan itu sedang dijalankan, lapor agensi berita Xinhua.
China kerap berdepan dengan serangan pisau di sekolah sejak bertahun-tahun.
Mereka yang didapati melakukan serangan itu biasanya individu yang menderita penyakit jiwa atau membalas dendam.
Bagaimanapun, motif serangan yang berlaku ini belum jelas.
Suspek dikatakan memasuki tadika yang terletak di kawasan Xinfeng kira-kira jam 2 petang. – MalaysiaGazette