KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dalam sidang media tiga hari sebelum persaraannya hari ini mengakui kurang senang dengan campur tangan Menteri Dalam Negeri dalam pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Malah beliau mengakui hubungannya dengan Datuk Seri Hamzah Zainuddin memang tidak harmoni.
Abdul Hamid mendakwa sikap Hamzah mempolitikkan PDRM sejak jadi menteri mengecewakannya dan ia berbeza semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi menteri sebelum itu.
Malah beliau juga telah bersemuka dengan namun ia tidak ada jalan penyelesaian kerana Hamzah masih mahu kuasa dalam PDRM.
“Saya juga sudah mengadu perkara sama kepada Perdana Menteri dan KSN (Ketua Setiausaha Negara),” ujarnya dalam sidang media yang sama.
“Campur tangan politik (dalam PDRM) ini patut dihindarkan, PDRM tak boleh. Seseorang menteri bukan tugas menyelia tugas harian dia diberinkuasa tetapkan dasar dan hala tuju dan bukan tentukan CPO (Ketua Polis Negeri) atau Pengarah (Bukit Aman).
“Kuasa dia ada hadnya tak sampai ke situ,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Abdul Hamid juga mengakui menerima surat daripada Hamzah mahu membatalkan satu arahannya dalam penukarannya pegawai namun ia tetap diteruskannya.
Beliau juga mempertikaikan sikap angkuh Hamzah yang didakwa mempunyai kuasa kerana Pengerusi Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP).
SPP, katanya digunakan untuk membincangkan soal kebajikan kes tersangkut dalam PDRM bukan hanya pertukaran dan pelantikan melibatkan kepentingan politik.
“Saya bukan lepas geram, ini untuk kebaikan. SPP amat penting tapi tak mesyuarat, puluhan kes tersangkut tapi meeting dua jam macam minum kopi o. Itulah SPP tak sepatutnya dipengerusikan oleh seorang menteri.
“Bila jadi pengerusi mula masuk unsur politik. SPP sepatutnya dipengerusikan bekas hakim” katanya.
SPP juga menurutnya sepatutnya bermesyuarat setiap bulan bukan empat kali setahun seperti yang berlaku.
“Hari ini patut ada mesyuarat SPP tapi saya tak datang. Hari terakhir saya baru hendak buat mesyuarat, mesti ada apa-apa,” katanya lagi.
Justeru Abdul Hamid berharap penggantinya mulai Isnin ini, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani dapat mengembalikan usaha memartabatkan PDRM selepas usaha ‘merentas hutan’ telah dilakukannya.- MalaysiaGazette
Dari dulu lagi, sejak zaman BN, PH dan PN..semua ketua Polis di lantik oleh orang politik, walaupun ada nama perkataan Di Raja. Yang paling tidak patut sudah pencen di panggil semula untuk berkhidmat, bagilah peluang kepada orang lain yang tidak pencen lagi untuk naik pangkat. Kalau semua hendak panggil yang penen berkhidmat semula jadilah seperti YB-YB yang dah berumur tidak reti hendak berundur untuk bagi peluang orang muda.
HAMID dilantik masa P akatan H ancing…patutnya BERSUARA dan berTINDAK semasa pegang jawatan no 1 pdrm…bukan selepas pencen semalam….mujur tidak diPECAT masa P Nasional ambil alih…..dari rakyat memerhati….TOLAK RASUAH DAN KATAK2 ada peluang jadi calon pru15