Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

KUALA LUMPUR – Satu kluster tempat kerja di Seberang Perai dilaporkan sudah menjangkiti seramai 113 individu.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kluster itu dikesan di Lorong Perusahaan Baru 2, Kawasan Perusahaan Perai, Seberang Perai Tengah.

“Kluster Perusahaan Baru Dua melibatkan daerah Seberang Perai.

“Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 17 April hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Lorong Perusahaan Baru 2, Kawasan Perusahaan Perai, SeberangPerai Tengah.

“Sehingga 30 April 2021, sejumlah 3,453 individu telah disaring, di mana 113 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kluster Perusahaan Baru Dua merupakan 17 kluster yang dikesan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini.

Daripada 17 kluster itu, lima daripadanya adalah kluster komuniti dan kluster tempat kerja, empat kluster sektor pendidikan termasuk dua kluster institusi pendidikan KPM, serta masing-masing satu kluster kumpulan berisiko tinggi, kluster keagamaan, dan kluster pusat tahanan.

Kluster-kluster tempat kerja lain adalah Kluster Kemayang (15 kes), Kluster Jalan Taming Dua (12 kes), Kluster Air Padang (19 kes), dan Kluster Tapak Bina Jalan Todak Satu dengan 23 kes.

Lima kluster komuniti adalah Kluster Nanga Tajam (34 kes), Kluster Sungai Ranan (31 kes), Kluster Sungai Ngungun (27 kes), Kluster Kampung Bergosong (21 kes), dan Kluster Kampung Hilir Alor Gajah dengan 18 kes.

Empat kluster sektor pendidikan termasuk dua kluster institusi pendidikan KPM adalah Kluster Jalan Wau (37 kes), Kluster Chersonese (17 kes), Kluster Jalan Agama (38 kes) dan Kluster Jalan Dataran dengan 96 kes.

Baki tiga lagi kluster adalah Kluster Taman Bukit Hijau (kluster kumpulan berisiko tinggi) dengan 11 kes, Kluster Pagar Rimba (pusat tahanan) 12 kes, dan Kluster Jalan Sultanah (keagamaan) dengan 22 kes.

Jumlah itu menyaksikan 1,655 kluster direkodkan sehingga kini dengan 1,265 kluster telah ditamatkan sementara 390 kluster masih aktif. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Yg jd kluster kilang, kawasan pembinaan dan lain2..kawasan kluster ni tak ditutup tp rentas negeri plak jd sasaran..rakyat pelik skrg ni

Comments are closed.