RIYADH – Kajian Ramayana dan Mahabharata tidak diperkenalkan dalam kurikulum kebangsaan Arab Saudi.
Kerajaannya menafikan dakwaan itu selepas beberapa laporan yang tidak disahkan muncul di media India.
Pada 18 April lalu, akhbar East Coast Daily India mendakwa dalam Visi-2030 Arab Saudi yang baru, teks agama Hindu dari Ramayana dan Mahabharata telah diperkenalkan dalam kurikulum baru untuk pelajar di negara berkenaan.
Agensi media memetik tweet warga negara Arab Saudi, Nouf Almarwaai di mana dia berkongsi tangkap layar ujian dalam talian anaknya, dan mendakwa, “# visi2030 & kurikulum baru Arab Saudi akan membantu mewujudkan generasi yang berdampingan, sederhana dan bertoleransi.
“Tangkapan skrin peperiksaan sekolah anak lelaki saya hari ini dalam Pengajian Sosial merangkumi konsep & sejarah agama Hindu, Buddha, Ramayana, Karma, Mahabharata & Dharma. Saya seronok membantunya belajar,” katanya dalam Twitternya yang mendapat perhatian luar biasa dari diaspora Hindu India yang memuji visi baru Arab Saudi 2030.
Saluran media India menyambut tuntutan itu dan mengumumkan bahawa Arab Saudi telah memperkenalkan teks agama Hindu dalam kurikulum sekolah kebangsaan mereka.
Bagaimanapun berita itu tidak merujuk kepada sumber rasmi dari Kementerian Pendidikan Saudi atau Kementerian Media Saudi.
Laporan itu kemudian diperjelas oleh orang warga Arab yang menyatakan mereka menghormati budaya India tetapi tidak ada keputusan seperti itu yang berlaku sekarang di mana kurikulum sekolah nasional kerajaan telah diubah.
Apa yang berlaku mungkin ada kaitan dengan subjek kurikulum sekolah antarabangsa melibatkan ketamadunan dunia.- MalaysiaGazette
Apakah manfaatnya belajar mythology karut-marut penuh khayalan yang bukan-bukan semasa aku baca Rip Van Winkle pun terpedaya aku sangka kisah benar rupa-rupanya kelentong lebih.