Narendra Modi. foto Agensi

NEW DEHLI –  Ketika ini angka rasmi kes kematian di India sudah mencecah sehingga 4,000 manakala lebih daripada 412,000 kes dilaporkan kurang daripada 24 jam.

Namun pada masa sama, kerajaan Perdana Menteri Narenda Modi menolak untuk melaksanakan perintah berkurung baharu walaupun beberapa wilayah termasuk ibu kota New Delhi, Bihar dan Maharashtra menguatkuasakan sekatan pergerakan.

Agensi melaporkan data daripada Kementerian Kesihatan telah menunjukan jumlah keseluruhan kematian ialah 230,168 dan 412,262 kes baharu, menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 21.1 juta.

Selepas mencapai paras tertinggi 402,000 kes pada Jumaat lalu, jumlah kes harian berkurangan pada hari berikutnya hingga serendah 357,000 sebelum meningkat lagi pada Selasa.

India ketika ini sedang berada di tahap krisis terbesar dengan dengan hospital sesak dengan pesakit dan rumah mayat turut sesak.

Bekalan ubat dan oksigen juga amat berkurangan dan bandar-bandar utama terus lakukan sekatan pergerakan.

Lonjakan kematian akibat Covid-19 di Indoa menyebabkan kerja-kerja pembakaran mayat terpaksa dilakukan di luar pusat pembakaran. foto Agensi

India adalah pengeluar vaksin terbesar dunia namun tidak cukup stok bekalan untuk menangani gelombang kedua pandemik ini sedangkan kerajaan telah merancang untuk melaksanakan vaksinasi golongan dewasa mulai 1 Mei.

Hanya kira-kira 9 peratus daripada 1.4 bilion rakyat negara itu telah disuntik vaksin sejak Januari mengikut rekod.

Sebelum ini Modi juga pernah dikritik kerana melakukan perintah pergerakan ‘lockdown’ secara besar-besaran kerana tidak berbincang terlebih dahulu dengan pihak berwajib.

Tetapi  ketika ini Modi masih lagi dikritik pelbagai pihak berikutan membenarkan perhimpunan politik dan keagamaan besar-besaran yang kemudian menjadi punca penularan mendadak dalam beberapa minggu kebelakangan ini. -MalaysiaGazette