Pelbagai syarikat korporat, swasta dan individu terus tampil menghulurkan sumbangan kepada Program MalaysiaGazette (MG) Prihatin 2021 menjelang sambutan Aidilfitri minggu depan.
Mendahului senarai penyumbang, Tenaga Nasional Berhad yang komited meneruskan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan menyalurkan sumbangan bernilai RM10,000.