Penguatkuasa JAWI memberi penerangan kepada pengantin, Jumardi dan Noor Arikah mengenai prosedur operasi standard yang lebih ketat selepas kerajaan membenarkan majlis resepsi pernikahan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 08 FEBRUARI 2021.

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai Rabu hingga 7 Jun depan menguatkuasakan larangan rentas daerah dan rentas negeri kecuali untuk tujuan kecemasan, kesihatan, bekerja, ekonomi, temu janji vaksinasi dan pasangan jarak jauh.

Turut dikuatkuasakan larangan semua bentuk perhimpunan sosial termasuk kenduri- kendara, majlis perkahwinan dan pertunangan, majlis doa selamat dan tahlil, majlis makan malam, majlis sambutan hari jadi serta majlis-majlis rasmi kerajaan dan swasta.

Sebarang bentuk seminar, persidangan dan mesyuarat secara bersemuka juga tidak dibenarkan.

Sementara itu, majlis akad nikah hanya dibenarkan dengan jumlah kehadiran dan SOP yang ditentukan oleh pihak berkuasa agama Islam negeri bagi orang Islam dan Jabatan Pendaftaran Negara bagi orang bukan Islam.

Semua aktiviti sukan dan rekreasi juga dilarang kecuali sukan dan rekreasi individu di kawasan terbuka seperti jogging, berbasikal dan senaman dengan mengamalkan penjarakan fizikal. – MalaysiaGazette