KUALA LUMPUR – Pelaksanaan larangan rentas daerah dan negeri tanpa kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara berkuatkuasa hari ini menyaksikan Plaza Tol Sungai Besi sesak teruk.
Ratusan kenderaan dilihat bertali arus dari arah selatan untuk memasuki ibu kota.
Ia ekoran terdapat sekatan jalan raya (SJR) selepas tol berkenaan arah utara.
Kesesakan teruk juga berlaku dari arah ibu kota ke selatan sebelum memasuki tol yang sama.
Sabtu lalu, kerajaan menerusi Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata larangan rentas daerah dan negeri itu berkuatkuasa mulai hari ini sehingga 6 Jun depan.
Malah Ismail Sabri juga berkata sepanjang tempoh itu juga aktiviti berkaitan sosial, pendidikan dan ekonomi yang boleh menyebabkan perhimpunan atau kesesakan awam, adalah tidak dibenarkan.
Bagaimanapun, ujarnya keputusan ini akan disemak semula selepas dua minggu. – MalaysiaGazette