GP Turki F1 dibatalkan dan dipindahkan ke GP Austria

ANKARA – Grand Prix Formula Satu Turki telah dibatalkan tidak sampai dua minggu ia dimasukkan dalam senarai kalendar perlumbaan musim ini.

Perlumbaan itu digantikan dengan GP Austria.

Turki disenaraikan dalam venue F1 11 hingga 13 Jun ini untuk menggantikan GP Kanada yang dibatalkan akibat larangan pelancongan di negara itu.

Namun, Turki kini tersenarai dalam senarai merah negara berisiko tinggi di United Kingdom.

Bagaimanapun, GP Styrian akan diteruskan di Litar Red Bull pada 25 hingga 27 Jun ini seperti dijadualkan.

GP Perancis yang dijadualkan berlangsung pada tarikh tersebut sudah diawalkan ke tarikh 18 hingga 20 Jun ini.

Presiden F1 menyatakan pihaknya mahu melangsungkan perlumbaan itu di Turki namun larangan pengembaraan menyebabkan pihaknya tidak dapat meneruskannya.

“Tindakan pantas F1 dalam perkara ini menunjukkan kami berupaya bertindak segera mencari penyelesaian tanpa masalah dan musim ini masih berbaki 23 perlumbaan lagi yang perlu diteruskan,” katanya.-MalaysiaGazette