Senator Datuk Razali Idris.

KUALA LUMPUR – Tindakan pemimpin DAP yang mengkritik Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung pendirian tegas Malaysia terhadap kezaliman Israel ke atas rakyat Palestin adalah satu perbuatan biadab dan tidak patriotik.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Senator Datuk Razali Idris berkata, kritikan Datuk Teng Chang Khim tidak melambangkan keperibadian beliau sebagai seorang Exco, wakil rakyat yang cintakan keamanan, kemakmuran dan kedamaian sejagat.

“Anda (Chang Khim) patut malu dengan diri sendiri dan malu kepada rakyat Malaysia secara keseluruhannya,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, Razali mendesak Chang Khim memohon maaf kepada Muhyiddin, kerajaan Malaysia dan seluruh rakyat Malaysia serta menarik balik kenyataan biadab beliau.

“Adakah tindakan pemimpin DAP dan parti DAP mempunyai kaitan langsung dengan arahan negara haram Israel bagi menganggu-gugat ketenteraman awam, kestabilan politik dan keselamatan negara seperti Malaysia yang menyokong kuat kepada perjuangan dan kemanusiaan rakyat Palestin?

“Saya pohon kepada Kementerian Dalam Negeri menyiasat tindak-tanduk pemimpin DAP yang mungkin menjadi boneka kepada negara haram Israel,” katanya.

Ia ekoran kenyataan Chang Khim yang mengkritik tindakan Perdana Menteri menyatakan pendirian tegas Malaysia dalam memperjuangkan hak rakyat Palestin yang ketika ini berdepan pencerobohan serta keganasan tentera Israel.

“Pendirian negara Malaysia terhadap Palestin tidak ada kena mengena langsung dengan pandemik Covid-19 kerana ia adalah dua isu yang sangat berbeza. Isu yang berlaku di bumi Palestin bukannya diminta tetapi akibat kerakusan dan kekejaman Israel yang dirancang dan berulang-ulang.

“Maka tidak berasas langsung andainya dakwaan bahawa Perdana Menteri cuba mengalih persepsi rakyat Malaysia dalam permasalahan dalaman negara seperti pandemik Covid-19,” katanya lagi.- MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Bila saja DAP celaka menang PRU14 hari tu, byk pertubuhan² krsitian yahudi merayakan, dan menganggap kerajaan jesus/tuhan telah dpt kuasai negara. Mmg DAPcelaka ada agenda nk hapuskan agama islam dan hak bumiputera dinegara ini.
    Puak² DAPcelaka jgk memandang sinis ketawa kpd Agong bila bertitah berkenaan Palestin. Puak tu mmg tk sedar diri dpt hidup aman dinegara ini. Bila org melayu bagi ruang kpd mereka, depa mkn kita balik. Mmg celaka sgguh la.

Comments are closed.