MGNews: 1,758 Kes Aduan Permohonan Palsu Program PenjanaKerjaya – Saravanan

Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menerima 1,758 aduan sehingga semlam yang melibatkan bayaran yang meragukan dan isu bayaran gaji pekerja oleh majikan bagi memohon insentif kewangan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi menerusi Program PenjanaKerjaya.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, sebanyak 340 kes disyaki tuntutan palsu dan salah guna dan baki 187 kes masih dalam siasatan untuk tindakan selanjutnya.