A. Kadir Jasin

KUALA LUMPUR – Kerajaan didakwa mengamalkan sistem kasta hingga mendorong golongan tertentu mengambil kesempatan dengan sewenang-wenangnya, kata Datuk A. Kadir Jasin.

Bekas Penasihat Media kepada Tun Dr Mahathir Mohamad itu mengambil contoh pasangan suami isteri selebriti yang kini menjadi sasaran kebencian dan kemarahan warga Internet.

Katanya, pasangan suami isteri ini ini memperagakan aspek fizikal yang kononnya “Islamik” dan dikatakan berjaya dalam kerjaya masing-masing.

Tidak lama dulu, mereka disanjung dan dipuja sebagai idola, manusia contoh dan sumber ilham.

”Sejak itu, ketidaksenangan masyarakat terhadap golongan yang digelar sebagai kayangan, payung kuning, dewa dan dewi ini meledak.

”Kerajaan dilihat sebagai mengamalkan sistem kasta manakala golongan atasan ini pula, dengan sewenang-wenang, mengambil kesempatan daripadanya,” katanya.

Dakwanya, hukuman berat dan cepat ke atas rakyat biasa yang melanggar undang-undang, khususnya berkaitan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19, tetapi melonggar dan melengah-lengahkan tindakan ke atas golongan dianggap ‘kayangan’.

“Cerita ini bukan mengenai artiste (pelakon), selebriti, orang gilakan kegemerlapan (glamour) atau yang ketagih sanjungan.  Cerita ini adalah mengenai kebencian orang ramai terhadap kerajaan yang ditunjukkan dalam pelbagai bentuk dan dengan bermacam-macam cara.

Malah, beliau mendakwa, golongan ulama dan agamawan yang sebelum ini dihormati kini semakin tidak dipercayai kerana dilihat bersekongkol dengan kerajaan yang tiada keabsahan.

“Apa yang sedang berlaku sekarang mendedahkan ciri-ciri kasta dan kelas yang mendalam dalam masyarakat kita.

“Kalau kita tidak berhati-hati, amalan kasta,  pilih bulu dan neo feudalisme ini boleh menyemarakkan semula “class struggle” masa lampau,” tegasnya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Rakyat biasa takde duit lebih lainlah selebrriti banyak duit mampu bayar belanja guaman bicara dan rayu di mahkamah. Justeru, takde kena-mengena dengan kasta Hindu okay.

Comments are closed.