safieyillias94 Instagram Live IG Live Safiey Illias children sexual grooming Neelofa raya MCO 3.0 SOP TTDI Taman Tun Dr Ismail family Covid-19 vaccine The Kuala Muda District Police Chief said that the nurse who had received Covid-19 vaccination on 12 March died of heart attack yesterday
Foto hiasan

KUALA LUMPUR – Pemilik akaun Facebook N9 Radar hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai hari ini untuk memberikan keterangan berikutan hantaran di media sosial mengenai lokasi Nilai 3 yang tular baru-baru ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, Supritendan Mohd Fazley Ab Rahman, pemilik Facebook yang merupakan lelaki berusia 20-an itu memberi keterangan selama sejam bermula 3 hingga 4 petang tadi.

Beliau yang dihubungi MalaysiaGazette memaklumkan siasatan berkenaan kes tersebut masih belum selesai.

Terdahulu, IPD Nilai meminta pemilik akaun Facebook tersebut tampil memberi keterangan mengenai hantaran di media sosial yang didakwa mencetuskan kekeliruan kepada orang awam.

Hantaran tersebut memaparkan satu gambar dengan mesej ‘Nilai 3 terletak di negeri Selangor Darul Ehsan’.

Siasatan mengenai hantaran itu diklasifikasi di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kegentaran awam dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian perkhidmatan.

Mohd Fazley semalam menerusi kenyataan, menjelaskan Nilai 3 berada di dalam kawasan pentadbirannya yang terletak di Negeri Sembilan, bukan Selangor.

Isu lokasi Nilai 3 menjadi bahan sindiran netizen terhadap Noor Neelofa Mohd. Noor yang merentas daerah ke Nilai 3 pada 2 Mei lalu untuk membeli karpet. – MalaysiaGazette