Transport Minister Datuk Seri Dr Wee Ka Siong MH Malaysia Airlines flight India passenger cargo
Wee Ka Siong

KUALA LUMPUR – Penghantaran barangan keperluan melalui penerbangan dan pelabuhan ke destinasi akhir seluruh negara perlu dipastikan tidak terjejas ketika kapasiti tenaga kerja di sektor swasta dihadkan hingga 60% dalam usaha mencegah wabak Covid-19.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, beliau mengarahkan pihak berkuasa dan operator lapangan terbang serta pelabuhan untuk mengoptimumkan tenaga kerja bagi operasi mereka mengikut keperluan masing-masing bagi memastikan aktiviti-aktiviti import dan eksport tidak terjejas ketika tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0).

Menurutnya, kementerian itu akan terus memantau situasi dari semasa ke semasa untuk memastikan pergerakan penghantaran barangan serta kargo tidak terbantut dan menjejaskan rakyat sebagai pengguna.

Malah, semua kakitangan di lapangan terbang dan pelabuhan turut diingatkan supaya sentiasa mematuhi segala SOP yang ditetapkan termasuklah menggunakan cecair pembasmi kuman, memakai peralatan pelindung diri (PPE) yang bersesuaian, mengamalkan penjarakan sosial dan mengimbas kod QR MySejahtera jika
diperlukan. – MalaysiaGazette