KUANTAN – Susulan penutupan beberapa lorong tikus di Kuantan berikutan perlakanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), satu rakaman tular mendakwa berlaku mogok di sempadan negeri ini dan Terengganu di Jalan Jabor – Jerangau.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Koimisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, tidak ada sebarang isu kenteraman awam, demonstrasi atau tindakan mogok seperti yang ditularkan serta menafikan dakwaan tersebut.

Sebaliknya, ada di antara daripada pengguna jalan raya baru mendapat maklumat bahawa jalan antara sempadan negeri ditutup apabila penguatkuasaan PKPD.

“Mogok tidak benar, cuma ada di antara mereka mengambil gambar sebagai bukti untuk memaklumkan kepada majikan perkembangan isu semasa PKPD di Kuantan.

“Ada juga di kalangan mereka yang baru sedar tentang proses penutupan berjalan pada 24 Mei dan sebilangan mereka bertanyakan situasi sambil mengambil gambar.

“Bukanlah mogok, mereka tidak tahu laluan itu ditutup kerana proses penutupan pukul 12.01 malam, dan memang semalam polis ada jaga sebelum jalan ditutup,” katanya.

Artikel berkaitan

Tambah Mohamad Noor, Jalan Jabor-Jerangau ini digunakan tanpa permit dikhuatiri akan melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) merentasi daerah berlainan sekali gus menyukarkan lagi proses  membendung penularan kes jangkitan di daerah ini.

Meski pun memahami situasi yang dialami masyarakat, namun peraturan dan undang-undang perlu dipatuhi kerana masih ada laluan lain yang boleh digunakan dengan menyediakan dokumen lengkap bagi merentasi sekatan jalan raya (SJR).

“Saya hadir pergi meninjau, Polis Kemaman pun membantu di mana saya dapati ada laluan lain walaupun sedikit jauh daripada laluan biasa.

“Laluan ini pergerakan harian tanpa permit, jadi bagi menegelakkan kebocoran laluan ke lokasi daerah PKPD, maka kita perlu patuh dalam tempoh dua minggu ini.

“Apabila ditetapkan PKPD kita melihat dan memikirkan sebelum ini di mana memang ada pekerja berulang ke Gebeng dan Kuantan, namun mereka masih boleh masuk melalui Tol Chenih dan keluar Tol Jabor untuk ke Kuantan.

“Kalau nak kira susah, semua orang susah, namun kekesusahan ini kita hadapi untuk menangani Covid-19,” jelas Mohamad Noor.

Terdahulu, hebahan empat laluan tikus ditutup berkuat kuasa 12.01 tengah malam tadi ekoran perlaksanaan (PKPD) di Daerah telah dibuat menerusi siaran langsung Facebook MalaysiaGazette pada petang dan malam semalam.

Empat laluan tikus ditutup tersebut melibatkan Jalan Jabor – Jerangau, Jalan Jabor Lama – Alor Batu, Jalan Felda Neram – Jalan Bukit Kuantan, dan Jalan Tg Selangor – Cherok Paloh Kuantan bermula 24 Mei sehingga 7 Jun 2021. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast