Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohamad Noor Yusof Ali

KUANTAN – Semua anggota dan orang awam di Kuantan diingatkan untuk mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sepenuhnya bermula 24 Mei sehingga 7 Jun 2021, bukannya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, semua lapisan masyarakat diharapkan jelas, tidak keliru serta memahami dan mematuhi peraturan dalam tempoh PKPD meliputi seluruh daerah Kuantan.

Taklimat PKPD Kuantan kepada anggota oleh Ketua Polis Daeah Kuantan

“Tiada istilah mukim-mukim, sebut sahaja daerah Kuantan dari utara, timur, barat dan selatan, mana tempat pun ia dalam daerah ini berkuatkuasa PKPD, tidak ada yang berkecuali.

“Kita mengikut arahan, tiada yang berkecuali dan termaktub pada Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

“Di Kuantan, perlu ikut SOP PKPD sehingga tamat , bukan PKP dan semua kebenaran bergerak perlu mendapat kebenaran melalui PDRM,”ujar Mohamad Noor.

Walau bagaimanapun, ada pengualian bagi perkhidmatan penting terutama jika bersabit dengan Kementerian Kesihatan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan berkaitan perkhimatan penting,

“Kebenaran kegiatan ekonomi, untuk berdaftar dengan Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) tetapi perlu kebenaran dengan MITI walaupun jika berdaftar pada 2020, masih sah digunakan.

“Jika berdaftar dengan MITI, tertakluk kepada pengecualian seperti industri pengoperasianyang  perlu dibuktikan kepada penguatkuasa.

“Majikan perlu sediakan data dan dokumen seperti berapa jumlah pekerja dalam operasi dan bekerja dari rumah.

Seramai 28 pegawai kanan dan 54 anggota daripada pelbagai agensi bersia siaga dalam sesi Taklimat PKPD Kuantan di IPD Kuantan.

Beliau berkata demikian kepada MalaysiaGazette ketika mengadalan taklimat pelaksanaan PKPD kepada 28 pegawai kanan dan 54 anggota Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) termasuk kakitangan MBK.

Jelas Mohamad Noor, pihaknya sedar berhadapan tugasan berat namun mengharapkan semua anggota pasukannya dapat menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin.

“Semua tahu tapi sebab kita sebagai penguatkuasa tidak mahu silap dan pastikan tindakan kita berdasarkan undang-undang.

“Bagi pengurusan permit pergerakan, setelah  membuat bacaan, semakan dan dirujuk kerajaan negeri memang tidak dibenarkan bagi terlibat kawasan PKPD.

“Ssabarlah hanya dua minggu sahaja”. – MalaysiaGazette

Video Berkaitan