KUALA LUMPUR – Enam penumpang yang terlibat dalam kemalangan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) malam tadi kini kritikal dan tiga daripadanya menggunakan alat bantun pernafasan.
Mereka kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa dalam ciapan di laman Twitter.
Katanya, berdasarkan maklumat terkini HKL, 15 penumpang lagi berada dalam keadaan separa kritikal manakala 43 orang lagi tidak kritikal.
Sebanyak 64 mangsa kemalangan berhampiran Stesen LRT KLCC itu dibawa ke HKL.
Artikel berkaitan:
- Keluarga Mangsa LRT Setia Menunggu di Perkarangan HKL
- Masalah komunikasi, cuai mungkin punca dua tren bertembung
- Penumpang cedera, tren brek mengejut
- Keadaan Penumpang LRT Ketika Diusung Keluar Dari Kemalangan Tren
- Anak terpelanting jatuh dalam tren bergerak
Dalam kejadian kira-kira jam 8.45 malam itu, tren membawa seramai 213 penumpang dan tren rosak yang sedang dipandu uji laluan Kelana Jaya bertembung di dalam terowong antara Stesen LRT Kampung Baru dan KLCC.
Kejadian yang menggemparkan negara itu berlaku buat pertama kalinya dalam sejarah perkhidmatan LRT sejak 23 tahun lalu. – MalaysiaGazette