Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah bercakap kepada media mengenai kemalangan dua LRT dari arah Gombak dan Kelana Jaya bertembung di Stesen LRT KLCC, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 24 MEI 2021.

KUALA LUMPUR – Ujian air kencing ke atas pemandu tren yang terlibat dalam kemalangan Transit Aliran Ringan (LRT) berhampiran Stesen KLCC semalam didapati negatif dadah.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah hari ini.

“Kita telah jalankan ujian air urin ke atas pemandu tren pandu uji rosak di trek LRT yang berlaku insiden pertembungan itu.

“Hasil ujian urin menunjukkan keputusan nagatif dadah,” katanya kepada MalaysiaGazette ketika dihubungi sebentar tadi.

Katanya, insiden itu kini sedang disiasat oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat menerusi pasukan khas yang ditubuhkan semalam.

Ditanya adakan pemandu berkenaan akan disiasat, Mohamad Zainal berkata, adalah  terlalu awal untuk mengeluarkan kenyataan.

“APAD akan menjalankan siasatan mereka mengenai insiden bagi mengenalpasti puncanya,” katanya. – MalaysiaGazette