The registration for the second round of AstraZeneca vaccine will be opened at 12.00 pm this Sunday. PIX: MalaysiaGazette
- Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berdukacita melihat peratusan pendaftaran vaksin di Kelantan  antara yang paling rendah iaitu sebanyak 33 peratus sehingga semalam.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan membuka sebanyak sejuta slot tempahan  fasa kedua permohonan suntikan vaksin AstraZeneca yang bermula pukul 12 tengah hari ini.

Perkara tersebut dimaklumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi hantarannya di laman Facebook hari ini.

“Peringatan untuk mereka yang nak dapatkan vaksin, bersiap sedia pada pukul 12 tengah hari ini, 26 Mei 2021.

“Sejuta slot tersedia untuk ditempah,” katanya menerusi hantaran berkenaan.

Tempahan hari ini dibuka kepada individu berusia 18 tahun ke atas dan ia boleh dilakukan menerusi laman web www.vaksincovid.gov.my.  – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast