Gambar hiasan

BUKIT MERTAJAM – Selepas 12 tahun menjadi mangsa nafsu serakah bapa kandung, seorang gadis lepasan Sijil Pelajaran Malaysia tampil mendedahkan tragedi hitam hidupnya.

Sumber MalaysiaGazette berkata, gadis berusia 18 tahun itu sembunyikan perkara tersebut demi memastikan rumah tangga ibu bapanya tidak berantakan.

Jelas sumber, perbuatan terkutuk suspek berusia 45 tahun itu terbongkar selepas mangsa membuat laporan dicabul pada Selasa lalu.

“Kejadian berlaku pada jam 6.30 pagi, ketika mangsa berada di ruang tamu sebelum didatangi suspek yang terus bertindak meraba kemaluannya.

“Bagaimanapun, suspek memberhentikan perbuatannya sebaik menyedari kehadiran isterinya dari bilik air.

“Tertekan dengan kejadian yang dilaluinya, mangsa nekad membuat laporan pada sebelah petang hari yang sama,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Tambah sumber, hasil siasatan awal mangsa mengaku menjadi mangsa hamba seks bapa kandungnya sejak berusia enam tahun.

“Mangsa mendakwa hampir setiap hari dia dicabul dan dirogol lelaki itu.

“Setakat ini, keterangan mangsa dan ibunya sudah dirakam dan kita juga akan menghantar mangsa hospital untuk pemeriksaan lanjut,” kata sumber:

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad ketika dihubungi MalaysiaGazette mengesahkan pihaknya menerima laporan tersebut.

“Usaha mengesan suspek yang merupakan juruteknik kilang itu sedang giat dijalankan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Kejadian terakhir diraba kemaluan dia buat report polis tetapi sebelumnya pantat koyak sakit dirogol buat diam jer tak dapatkan rawatan hospital dari pihak kaunseling sekolah.

Comments are closed.