Langkah menyatukan proses tempahan temu janji menerima suntikan vaksin Covid-19 ternyata menerima reaksi positif dalam kalangan rakyat.
Rata-rata yang ditemui MalaysiaGazette hari ini berkata, mengurus proses pemberian vaksin menerusi MySejahtera adalah langkah yang terbaik kerana ia memudahkan rakyat.