Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali sacked from PAS Secretary Syura Ulama Council Committee Member Central
Mohd. Khairuddin Aman Razali

KUALA LUMPUR – Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali menafikan dakwaan beliau ditahan pada sekatan jalan raya (SJR) di Perasing, Kemaman, Terengganu pada 16 Mei lalu.

sejak Rabu lalu, tular mesej pada aplikasi WhatsApp berhubung penahanan Mohd Khairuddin itu yang didakwa bersama seorang wanita dalam sebuah kereta.

Bagaimanapun kata Mohd Khairuddin, segala cerita yang disensasikan yang dikaitkan dengan selebriti wanita tidak benar, berniat buruk dan bertujuan untuk merosakkan reputasinya.

“Tindakan undang-undang akan diambil kepada mana-mana pihak yang didapati menulis, menyiarkan atau menyebarkan cerita palsu serta tidak benar,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Hari ini, polis mengesahkan Mohd Khairuddin diperiksa ketika melalui SJR di Perasing pada 16 Mei lalu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik berkata, siasatan lanjut kini dijalankan termasuk dakwaan dan maklumat tular yang melibatkan Ahli Parlimen Kuala Nerus itu.

“Beliau ada diperiksa ketika melalui SJR itu pada 16 Mei lalu dan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman sedang melakukan siasatan berhubung kes ini,” katanya.

Dalam pada itu katanya, siasatan penuh akan dilakukan termasuk semua mesej berangkai yang ditularkan sejak Rabu lalu. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Cepat-cepatlah bekalan kamera badan untuk anggota polis. Kalau ada kamera kan senang. Fitnah atau bukan senang untuk dibuktikan.

Comments are closed.