KUALA LUMPUR – Pengerusi Pro PKR Sarawak, Iswardy Morni dilaporkan telah ditahan polis berhubung kenyataannya yang didakwa berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Perkara itu didedahkan seorang pengguna Twitter, Zack Rockstar.
“Aku dah kena tahan, esok (hari ini) direman,” demikian menurut tangkap layar perbualan beliau dengan Zack di aplikasi WhatsApp.
Zack mendapat pesanan itu yang memaklumkan bahawa Iswardy telah ditahan dan akan direman hari ini.
“Semoga dia diberikan keadilan dan dipermudahkan segala urusan,” katanya lagi.
Iswardy semalam diburu polis setelah membuat kenyataan berbaur fitnah di dalam video secara langsung di laman YouTube rasmi miliknya semalam.
Sebelum itu, dalam pada itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, tiga kertas siasatan dibuka berikutan laporan dibuat berhubung video berkenaan.
Kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Sekyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Dalam video bertajuk Total Lockdown: Apa Yang Kerajaan Gagal Belajar Dalam Setahun itu, Iswardy dikatakan melontar beberapa tuduhan secara sinis dengan cara tak beradab terhadap Al-Sultan Abdullah berhubung wabak Covid-19. – MalaysiaGazette
Nama pun indon ngomong ngoblok bisa deportasi dong.