Fahmi Fadzil . foto SYAFIQ AMBAK, 23 JULAI 2020.

KUALA LUMPUR – Kepimpinan PKR hari ini menafikan kenyataan ahlinya, Iswardy Morni mewakili parti itu.

Pengarah Komunikasinya, Fahmi Fadzil berkata, kenyataan menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sama sekali tidak mencerminkan pendirian parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kenyataan dia tidak sama sekali mewakili pendirian PKR, sebuah parti yang menjunjung dan mempertahankan institusi Raja-Raja Melayu seperti tercatat dalam perlembagaan parti.

“Ucapannya di dalam video-video sebelum ini pernah dibangkit dan dibincang di dalam Biro Politik PKR dan keputusan telah diambil seawal April lalu dengan memberi amaran keras kepadanya,” kata Fahmi dalam satu kenyataan hari ini.

Iswardy yang merupakan Pengerusi Pro PKR Sarawak dilaporkan telah ditahan polis selepas diburu ekoran kenyataannya yang didakwa berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, Iswardy adalah ahli PKR namun tidak memegang apa-apa jawatan dalam parti.

“PKR mengesahkan Iswardy adalah seorang anggota biasa parti berdaftar di cabang Petra Jaya, Sarawak dan tidak memegang apa-apa jawatan di dalam hiraki pimpinan PKR Sarawak mahu pun pusat,” kata Fahmi lagi.

Dalam ada itu, Fahmi berkata pihaknya menyerahkan kepada bidang kuasa polis untuk membuat siasatan terhadap ahlinya itu dan akan menunggu hasil siasatan.

“Oleh kerana isu video Iswardy kini telah menjadi kes siasatan Polis Diraja Malaysia, PKR akan menunggu hasil siasatan tersebut sebelum mengambil tindakan lanjut terhadap beliau,” ujar beliau.

Iswardy semalam diburu polis setelah membuat kenyataan berbaur fitnah di dalam video secara langsung di laman YouTube rasmi miliknya semalam. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Kenyataan hina YDPA, Iswardy ditahan polis

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast