Petugas Kesihatan mengaminkan bacaan doa selepas mengendalikan jenazah pesakit Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Tanah Perkuburan Islam Kampung Changkat Gombak, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 30 MEI 2021.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 67 kes kematian berkaitan virus Covid-19 dicatatkan hari ini menjadikan jumlah kes kumulatif meningkat kepada 2,796 kes sehingga kini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu melibatkan 65 warganegara dan baki adalah bukan warga negara.

Menurut beliau, seramai 5,251 pesakit telah sembuh, sekali gus menjadi kes kumulatif sebanyak  490,038 kes.

“Seramai 851 pesakit kini berada Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 422 pesakit memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari.

Dr Noor Hisham memberitahu, sebanyak 25 kluster baharu dikenalpasti yang menjadi jumlah kluster aktif adalah 655 kes.

Sementara itu, jumlah kes positif harian Covid-19 mencatat penurunan dua hari berturut-turut dengan 6,824 kes dicatatkan pada hari ini.

Berikutan itu jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 572,357 kes.

Selangor kekal dengan jumlah tertinggi iaitu 2,111 kes dengan semua negeri mencatat pertambahan kes hari ini .

Kelantan muncul negeri kedua tertinggi dengan 695 kes, Sarawak (654), Johor (489) dan Kedah 464 kes. – MalaysiaGazette