Penduduk, Ahmad Husni Diman, 67 meluangkan masa dengan melakukan aktiviti menangkap ikan sungai menjelang perlaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh fasa 1 yang bermula esok pada 1 Jun hingga 14 Jun 2021 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Tanjung Karang, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 31 MEI 2021.

Perniagaan air tebu yang diusahakan oleh Aidil Mohamad ini mula menjadi tarikan pengunjung di luar Negeri Selangor apabila gambar kedainya tular di media sosial sejak hujung tahun lepas.

Menurutnya, ekoran daripada gambar yang tular tersebut perniagaannya semakan maju sehingga pendapatannya boleh mencecah RM5000 sehari.

Selepas negara dilanda dengan gelombang ketiga penularan wabak COVID-19 dan kerajaan telah melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), perniagaannya mula merosot dengan pendapatan sehari hanya RM500 sahaja setelah aktiviti rentas negeri dan daerah tidak dibenarkan.

Kini, kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan Sekatan Pergerakan Penuh fasa satu seluruh negara bagi mengekang penularan wabak COVID-19 yang telah masuk gelombang keempat dengan tidak membenarkan aktiviti sosial dan hanya 17 sektor sahaja dibenarkan untuk beroperasi selama 2 minggu ini.

Namun peniaga makanan dibenarkan beroperasi dengan cara membungkus dan pesanan melalui dalam talian.

Peniaga, Aidil Mohamad 50, menebang pokok tebu gula untuk dijadikan air sebelum dijual kepada pelanggan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Haji Durani Sungai Besar, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 31 MEI 2021.
Peniaga, Aidil Mohamad 50, menbawa pokok tebu gula untuk dijadikan air sebelum dijual kepada pelanggan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Haji Durani Sungai Besar, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 31 MEI 2021.
Penduduk, Awang Harun, 47, meluangkan masa dengan melakukan aktiviti menangkap ikan sungai menjelang perlaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh fasa 1 yang bermula esok pada 1 Jun hingga 14 Jun 2021 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Tanjung Karang, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 31 MEI 2021.
Penduduk, Awang Harun, 47, meluangkan masa dengan melakukan aktiviti menangkap ikan sungai menjelang perlaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh fasa 1 yang bermula esok pada 1 Jun hingga 14 Jun 2021 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Tanjung Karang, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 31 MEI 2021.

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast