Facebook Dr Noor Hisham Abdullah.

KUALA LUMPUR  – Sebanyak 5,566 kes baharu positif Covid-19 direkodkan hari ini, kekal dalam lingkungan 5,000 untuk dua hari berturut-turut.

Semalam, sebanyak 5,271 kes positif direkodkan dan jumlah itu, terendah dalam tempoh tiga minggu.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Selangor kekal sebagai negeri mencatatkan kes harian tertinggi sebanyak  1,524 kes dalam tempoh 24 jam lalu.

Ia disusuli Sarawak sebanyak 707 kes, Negeri Sembilan (505), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (466), Johor (456) dan Sabah (350 kes).

“Melaka pula mencatat 314 kes diikuti Perak (225), Kelantan (224), Wilayah dan Persekutuan Labuan (191)

“Kes harian di Wilayah Persekutuan Labuan sebanyak 191 kes, Pulau Pinang (185), Pahang (157), Kedah (148) dan Terengganu (106).

“Wilayah Persekutian Putrajaya hanya mencatat 27 kes dan Perlis hanya satu kes,” katanya di hantaran Facebook miliknya di sini hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast