LONDON – Bilionair Sweden Daniel EK bersedia meningkatkan nilai bidaan kepada £2 bilion untuk mengambil alih Arsenal berbanding bidaan berjumlah £1.8 bilion sebelum ini ditolak keluarga Kroenke.

Bagaimanapun sumber berkata, EK memaklumkan bahawa bidaan kedua yang lebih tinggi telah dimuktamadkan dan mahu memastikan rundingan mengambil alih the Gunners diselesaikan segera.

Sumber dalaman Arsenal juga mengaku pihaknya sedang menunggu bidaan kedua daripada EK.

Ek juga merupakan pengasas Spotify berusia 38 tahun itu melancarkan bidaan selepas rancangan kelab-kelab elit Eropah merancang membentuk Liga Super Eropah gagal.

Pasukan bidaan EK dianggotai bekas pemain Arsenal, Theirry Henry, Dennis Bergkamp dan Patrick Vieira. – MalaysiaGazette