Ministry of Education MOE Datuk Dr Radzi Jidin Minister of Education Schools closure Covid-19 PdPR home-based teaching and learning Aidilfitri holidays
Dr Radzi Jidin

KUALA LUMPUR – Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 mencatatkan pencapaian yang lebih baik dengan Gred Purata Nasional (GPN) 4.80 berbanding 4.86 pada tahun 2019.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, ia adalah pencapaian terbaik sejak lima tahun lalu.

“Ingin saya ingatkan bahawa nilai GPN yang lebih kecil menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik.

“Jadi, kalau 2019 nilainya 4.86, 2020 nilainya 4.80 dan ini menunjukkan pencapaian calon pada 2020 meningkat,” katanya pada sidang media khas keputusan SPM 2020 secara maya hari ini.

Radzi berkata, keputusan SPM tersebut merupakan keputusan calon yang mendaftar kali pertama dengan sekurang-kurangnya enam mata pelajaran dan menduduki sekurang-kurangnya satu mata pelajaran.

Pada masa sama Radzi berkata, pencapaian calon luar bandar adalah lebih baik berbanding calon di bandar.

Katanya, lebih rendah nilai menerusi data yang ditunjukkan maka pencapaian peperiksaan adalah memberangsangkan.

Tambah beliau, seramai 88.68 peratus daripada 401,105 calon berdaftar bagi SPM 2020 layak menerima sijil peperiksaan tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast