Jadon Sancho.

LONDON – Bidaan rasmi yang pertama berjumlah £67 juta (RM390.88 juta) yang dikemukakan oleh Manchester United untuk mendapatkan bintang sayap muda Jadon Sancho ditolak Borussia Dortmund, lapor media di Jerman.

Kelab Bundesliga itu sebaliknya menuntut yuran berjumlah £77.5 juta (RM452.1 juta) untuk penyerang berbisa England berusia 21 tahun itu.

Malah, kelab Jerman itu juga mendesak the Red Devils kendalian Ole Gunnar Solskjaer untuk menyediakan bayaran bonus bernilai £4.25 juta.

BBC Sport juga difahamkan nilai tawaran tidak cukup tinggi dan the Red Devils dikatakan mahu membayar yuran itu secara ansuran dalam tempoh lima tahun dan bukan empat tahun seperti yang disyaratkan kelab Jerman itu.

Laporan terkini di Old Trafford mencadangkan kelab Liga Perdana Inggeris itu kini mempertimbangkan untuk menyemak semula nilai bidaan itu.

Kelab Old Trafford itu dikatakan tidak mahu melakukan kesilapan 12 bulan lalu yang dilakukan ketika berusaha mendapatkan Sancho dengan cuba mengurangkan bidaan semurah yang boleh dengan harapan Dortmund menurunkan yuran tuntutannya tetapi malangnya Dortmund menolak tawaran dan pemain itu kekal bersama mereka.

Dua tahun pertama sejak menyertai Borussia, Sancho mengaku berdepan kekangan untuk berkomunikasi dalam bahasa Jerman sebelum dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di kemudian hari.

“Saya tidak fokus kepada isu media mengenai saya dan kelab, saya hanya fokus kepada diri dan juga aksi di atas padang,” kata Sancho.

Dortmund mempunyai perjanjian bersama Sancho yang membenarkan pemain itu meninggalkan kelab itu sekiranya mana-mana kelab mencapai nilai klausa yang ditetapkan.

Solskjaer menjadi Sancho sebagai sasaran utama kelab untuk menghadapi musim EPL 2021/22 Ogos ini.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast