worst scenario new Variant of Concern VOC Director-General of Health Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah at a news conference on the Covid-19 updates in the country. PIX: SYAFIQ AMBAK / MalaysiaGazette / 08 MAY 2021. Covid-19 new daily cases
Dr. Noor Hisham Abdullah

PUTRAJAYA – Sebanyak 24 kluster baharu jangkitan Covid-19 dilaporkan dalam negara hari ini.

Daripada jumlah itu, 15 kluster adalah Kluster Tempat Kerja diikuti, tujuh Kluster Komuniti dan dua Kluster Pusat Tahanan.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 15 kluster Tempat Kerja itu, empat dilaporkan di Selangor iaitu Industri Batu 46 di Hulu Selangor, Industri Jalan Bandar Lama di Kuala Langat, Industri Jalan Sellathevan dan Industri Jalan Udang Galah di Klang.

Katanya, dua lagi kluster Tempat kerja dikesan di Pahang iaitu Flora Blue Valley di Cameron Highlands dan Industri Jalan 1/6 Gebeng di Kuantan.

“Kluster tempat kerja turut dikesan di Negeri Sembilan iaitu Industri Jalan Haruan Enam dan Industri Taman Melur di Seremban, dua lagi di Pulau Pinang iaitu Jalan Perindustrian Bukit Minyak Tiga dan Perusahaan Baru Satu di Seberang Perai Tengah dan Selatan.

“Lima lagi kluster tempat kerja dikesan masing -masing di Jalan Pekeliling Tanjung dan Jalan Besar Simpang Renggam di Kulai, Kluang dan Kota Tinggi Johor; Jalan Lai Tet Loke, di Cheras dan Titiwangsa di Kuala Lumpur; Desa Pulau Rusa di Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Marang, Terengganu dan akhirnya Dah Bukit Makmur di Kuala Muda, Pendang dan Yan di Kedah,” kata beliau dalam kenyataan perkembangan harian Covid-19 hari ini.

Tambah beliau, daripada lapan Kluster Komuniti, dua dikesan di Kelantan iaitu Kampung Kubang Batu dan Kedai Ketereh di Pasir Mas, Pasir Puteh, Kota Bharu dan Machang.

Katanya, dua lagi Kluster Komuniti adalah Kampung Sinar Budi Baru di Kuching dan Melatai di Kapit, Bukit Mabong Sarawak diikuti tiga lagi kluster kluster komuniti Kampung Baru Sipitang, Indah dan Ambar Park dikesan di Sipitang, Nabawan dan Tawau Sabah.

“Kluster Melatai di Kapit dan Bukit Mabong dikesan daripada individ-individu terlibat dalam aktiviti kunjung-mengunjung sempena sambutan perayaan Hari Gawai dari 1 Jun sehingga 3 Jun lalu.

“Indeks kluster berkenaan seorang lelaki tempatan berusia 56 tahun yang berasal dai Melatai Baru, Kapit yang dikesan positif 7 Jun lalu hasil saringan kontak rapat yang mana setakat ini seramai 139 orang disaring dan 13 orang setakat ini dilaporkan positif,’ ujarnya.

Setakat ini sebanyak 2,462 kluster dilaporkan di dalam negara akibat Covid-19 termasuk 24 kluster terbaharu hari ini.

Jumlah kluster yang telah ditamatkan sebanyak 1,701 sementara 761 kluster masih aktif. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Kluster Kilang , kenapa masih dibiar operasi.MiTi sepatutnya memeriksa kesahihan pemohonan syarikat sebelum meluluskan dengan periksa sendiri ke premis2 yang memohon kerana ada yang tidak jujur dalam memberi maklumat2.
    Ada setengahnya yg memasukkan pekerja kontrak sekali dalam permohonan walaupun mereka tersebut bukan pekerja sebenar syarikat(setengah itu dibawah agensi pekerjaan) supaya 60% dapat diwujudkan.
    Ada yg 60% kerja waktu siang tetapi 40% kerja waktu malam pada satu hari.Ini berlaku di Penang tetapi dalam MITI hanya 60% so bagaimana nak kawal penularan.

Comments are closed.