Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Hantaran tular mengenai ‘Skala Gred SPM’ di media sosial Facebook milik MamaMia Mia semalam dengan kapsyen “Patut aku pelik budak2 sekarang berderet A” dan “#bilasekolahdipolitikkan” bukan milik Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

KPM berkata, ‘Skala Gred SPM’ tersebut menggambarkan seolah-olah ianya gred pemarkahan sebenar SPM tahun 2020 dan boleh mengelirukan orang ramai, terutamanya ibu bapa dan calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020.

Malah, hantaran tersebut mencemar imej, kewibawaan dan kredibiliti Lembaga Peperiksaan sebagai badan pentaksiran negara dan menggugat ketenteraman awam.

Lembaga Peperiksaan telah membuat laporan polis pada jam 10.31 malam tadi dan laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bagi siasatan lanjut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast