Naftali Bennett. foto AP

BAITULMAQDIS – Naftali Bennett, pemimpin parti sayap kanan Yamina (Bersatu Kanan), dilantik sebagai Perdana Menteri Israel yang baharu, menyingkirkan Benjamin Netanyahu selepas 12 tahun memerintah.

Penyingkiran Netanyahu ini berlaku setelah pemerintah gabungan baharu, yang diketuai oleh Bennett dan Yair Lapid dan pemimpin parti Yesh Atid (Masa Depan) dipersetujui parlimen, atau Knesset, dalam sebulat suara.

Dalam undian yang diadakan sebelumnya, 60 anggota parlimen dari 120 anggota dewan memilih untuk menyokong kerajaan baharu sementara 59 memilih menentangnya.

Rakaman TV sesi parlimen menunjukkan Bennett dan Lapid mengambil kerusi baharu di kerusi gabungan di parlimen, sementara Netanyahu beralih ke kerusi pembangkang.

Pada masa yang sama, 27 menteri baharu dari gabungan pemerintahan baharu juga dilantik.

Bennett dan Lapid akan bergilir-gilir sebagai perdana menteri setiap dua tahun.

Kali ini, Bennet akan menjadi perdana menteri dan Lapid pula sebagai menteri luar.

Parlimen Israel juga memilih Mickey Levy, ahli parlimen dari parti Yesh Atid, sebagai speaker baharu.

Gabungan baharu ini merangkumi lapan parti, termasuk parti Ra’am Islam, puak Arab pertama yang dimasukkan dalam gabungan pemerintahan di Israel.

Ribuan orang Israel berkumpul di Dataran Rabin di tengah-tengah Tel Aviv untuk meraikan kejatuhan pemerintahan Netanyahu.- MalaysiGazette