KUALA LUMPUR – Pelakon Lisa Surihani selamat melahirkan cahaya mata yang ketiga awal pagi tadi.
Perkara tersebut diumum suaminya, Yusry Abdul Halim menerusi perkongsian di Instagram.
“Alhamdulillah. Lisa telah selamat melahirkan bayi lelaki pada jam 2.30 pagi tadi. Baby & Mummy kedua-dua dalam keadaan baik. Syukur.
“Alangkah indahnya hadiah hari jadiku. Selamat datang ke dunia junior!” ujarnya sambil berkongsikan jantina anaknya itu.
Rakan-rakan artis serta peminat tidak ketinggalan mengucapkan tahniah atas khabar gembira tersebut.
Sebelum ini, pasangan tersebut telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Yahaira dan Yusof.
Lisa dan Yusry telah mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012. – MalaysiaGazette