GAZA – Gencatan senjata yang diusahakan Mesir bagi menghentikan serangan Israel ke atas Gaza semakin rapuh.
Buat kali kedua dalam tempoh kurang 48 jam, sekali lagi Tel Aviv melancarkan serangan roket ke wilayah berkenaan.
Ia dibuat pada lewat malam tadi.
لحظة قصف موقع الادارة المدنية شرق جباليا شمال قطاع غزة#غزة_تحت_القصف pic.twitter.com/T0VCEB4SQP
— ihab helou الغزاوي (@Ehabhelou) June 17, 2021
Menurut Al Jazeera, jet Israel telah mengebom beberapa kawasan di barat Laut Gaza City, utara Beit Lahiya, Jabaliya dan Khan Younis.
Setakat ini tiada korban nyawa dilaporkan.
Al Aqsa TV melaporkan sebuah dron Israel telah berjaya ditembak jatuh di barat Gaza City.
Mengulas mengenai perkembangan itu, jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum dalam kenyataannya berkata rejim telah menyasarkan beberapa kawasan yang dikenalpasti melakukan penentangan terhadap kerajaan baru Israel yang dipimpin Naftali Bennett.