Petugas kesihatan meneliti keputusan x-raya pesakit Covid-19 Malaysia Gazette di Wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 04 JUN 2021. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 5,911 kes harian baharu Covid-19 dilaporkan hari ini menurun sedikit berbanding semalam yang mencatatkan 6,440 kes.

Perkembangan terkini itu menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 sejak Februari tahun lalu adalah sebanyak 691,115 kes.

Selangor terus merekodkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 2,111 kes menyumbang kepada 226,455 kes keseluruhan di negeri itu, diikuti Negeri Sembilan 770 kes, Sarawak (569), Johor (498) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (483 kes).

Sementara itu, negeri-negeri yang merekodkan kurang 100 kes adalah Pahang iaitu 56 kes dan Putrajaya 3 kes sahaja.

Tiada kes baharu direkodkan di Perlis. – MalaysiaGazette