Xioami Malaysia telah menghadiahkan telefon pintar model Redmi Note 10 5G kepada Muhammad Shafie.

KUALA LUMPUR – Xioami Malaysia menghadiahkan telefon pintar model Redmi Note 10 5G kepada Muhammad Shafie selepas alat peranti jenama lain miliknya  terbakar ketika kelas dalam talian menerusi konsep pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) baru-baru ini.

Menurut perkongsian akaun Facebook, Suryani Abd Ghani, dia bukan mahu meraih simpati seperti yang didakwa netizen sebaliknya sekadar berkongsi pengalaman agar tidak membahayakan kanak-kanak yang lain.

“Alhamdulillah. Terima kasih pada pihak XIAOMI MALAYSIA yg sudi memberi peranti baru Redmi Note 10 5G kepada adik,” tulisnya.
Baru-baru ini, timbul isu telefon pintar jenama YES untuk para pelajar daripada keluarga berstatus B40 didakwa berkualiti rendah serta agak menyukarkan mereka untuk menjalankan PdPR menerusi spesifikasi yang ditawarkan.

Alasan pemberian model sedemikian untuk mengelak pelajar bermain permainan  sekaligus menjadi buah mulut netizen. Namun apa yang mengejutka, terdapat insiden di mana telefon pintar tersebut meletup selepas sebulan digunakan.

Sebagai perbandingan, Redmi Note 10 5G dilengkapi dengan spesifikasi yang jauh lebih baik berbanding model telefon pintar YES yang diberikan kerajaan.

Model ini dilengkapkan dengan processor MediaTEK MT6833, 8GB RAM dan 128GB ruang storan.

Skrin dan cameranya yang terang dan jelas pastinya memudahkan pelajar ini sepanjang menjalankan PdPR.

Jenama YES sementara itu memaklumkan pihak mereka mengambil maklum dan memandang serius mengenai insiden tersebut dan sedia menjalankan siasatan.

Difahamkan pengeluar telefon tersebut iaitu China Mobile mengesahkan bateri yang disertakan dalam YES Altitude 3 telah digunakan pada lebih 4.5juta unit telefon seluruh dunia sejak 2018 dan tidak mempunyai sebarang masalah. – MalaysiaGazette