Foto hiasan

KUALA LUMPUR – Kes positif baharu Covid-19 hari ini lebih tinggi berbanding semalam iaitu sebanyak 5,244 kes.

Angka terkini ini menjadikan jumlah kumulatif bertambah kepada 711,006 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Selangor masih merekodkan penularan tertinggi iaitu 2,001, diikuti Negeri Sembilan 677 kes.

Manakala, Sarawak 577 kes manakala Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula 531 kes.

Selain itu Johor mencatatkan 282 kes, Pahang (245), Kedah (189), Melaka (180), Pulau Pinang (159) dan Sabah (129).

Kelantan 81 kes, Perak (75), Labuan, 77, Terengganu 27, Putrajaya 13 dan Perlis satu kes sahaja.- MalaysiaGazette