KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 kekal pada paras RM2.67 seliter bagi 24 Jun hingga 30 Jun ini.

Manakala harga petrol RON95 dan diesel turut dikekal pada harga RM2.05 dan RM2.15 seliter.

Kementerian Kewangan berkata, harga RON95 dan diesel dikekalkan bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.

Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast