“Jika anda tidak mengubah haluan, kami akan tembak,” kata pengawal kapal pengawal pantai menerusi radio kepada kapal pemusnah British itu, yang mana ia merupakan amaran kepada kapal perang tersebut yang menceroboh perairan Rusia.

“Anda perlu meninggalkan perairan Persekutuan Rusia dengan segera,” katanya yang merupakan amaran kedua.

Kapten kapal itu kemudian mengeluarakan arahan dalam bahasa Rusia.

“Lepaskan temakan amaran. Jangan, ulang, jangan tembak Defender,”.

Moscow turut mendakwa sekurang-kurangnya sebuah pesawat pemintas menggugurkan bom dia atas laluan Defender namun bukan untuk menyasarkan kapal yang menceroboh itu, lapor RT.

Pada  Rabu lalu, London secara rasmi mengisytiharkan ‘tiada tembakan amaran dilepaskan ke arah HMS Defender’ dan kapal itu hanya ‘melakukan perjalanan menerusi perairan Ukraine yang mana ia dilakukan  menurut undang-undang antarabangsa’. – MalaysiaGazette