LONDON – Peraturan jaringan gol di tempat lawan dalam aksi bola sepak di Eropah akan dimansuhkan mulai musim bola sepak 2021/22.
Persekutuan Bola Sepak Eropah (UEFA) telah mengesahkan keputusan itu hari ini.
Peraturan gol di tempat lawan dalam setiap perlawanan di pentas Eropah telah digunapakai selama 56 tahun sejak tahun 1965.
Peraturan itu memberi kelebihan aksi dua perlawanan yang mana keputusan akan memihak kepada pasukan yang menjaringkan gol terbanyak di tempat lawan.
Manakala keputusan secara agregat di penghujung perlawanan timbal balik akan diheret ke masa tambahan dan penentuan melalui sepakan penalti.
“Kini peraturan itu dianggap tidak lagi sesuai dalam era bola sepak moden ini,” kata Presiden UEFA, Aefa Aleksander Ceferin.
Jawatankuasa Pertandingan Kelab-kelab Eropah telah mengemukakan cadangan pada Mei lalu dan diluluskan.
Ini bermakna, mana-mana perlawanan dalam Liga Juara-Juara Eropah, Liga Europa.
Liga Persidangan Europa dan Liga Juara Wanita tidak akan menggunakan peraturan jaringan gol terbanyak di tempat lawan mulai musim depan yang akan membuka tirai Ogos ini.-MalaysiaGazette