Temubual bersama Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Selayang Lama, Mohammed Sharif Abdul Rahman (dua kiri) diiringi Naib Presiden Pertubuhan Produk Ummah Malaysia, Razali Latiff (kiri) menyerahkan sumbangan kepada wakil penduduk di Selayang, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 27 JUN 2021.
Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Selayang Lama, Mohammed Sharif Abdul Rahman (dua kiri) diiringi Naib Presiden Pertubuhan Produk Ummah Malaysia, Razali Latiff (kiri) menyerahkan sumbangan kepada wakil penduduk di Selayang, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 27 JUN 2021.

KUALA LUMPUR – Selepas diberhentikan kerja kira-kira dua tahun lalu akibat Covid-19, Syahrul Mustaffa Musa bersyukur menerima bantuan badan bukan kerajaan (NGO) Pertubuhan Produk Ummah Malaysia.

Mengakui tertekan kerana tiada pekerjaan, lelaki berusia 34 tahun itu berkata dirinya terhimpit dengan kesan pandemik Covid-19 yang melanda negara sejak tahun 2019.

“Saya sudah tidak bekerja nak masuk dua tahun, sumbangan ini dapat meringankan beban saya sekeluarga, dengan isteri juga  tidak bekerja lagi.

“Disebabkan tersepit dengan pandemik ini, saya amat bersyukur dan gembira dengan bantuan ini, saya amat terharu dengan bantuan ini untuk menampung hidup saya sekeluarga,” kata bapa kepada dua cahayamata itu dalam satu majlis penyerahan bantuan daripada Pertubuhan Produk Ummah Malaysia di Selayang hari ini.

Temubual bersama penduduk, Syahrul Mustaffa Musa selepas menerima sumbangan barang keperluan harian di Selayang, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 27 JUN 2021
Syahrul Mustaffa Musa. Foto HAZROL ZAINAL, 27 JUN 2021.

Bekas pegawai keselamatan itu antara 300 penerima yang menerima bantuan daripada Pertubuhan Produk Ummah Malaysia dan SNT Best Trading Sdn. Bhd di sekitar Pasar Borong Selayang, hari ini.

Penerima terdiri daripada golongan yang tertekan akibat pandemik Covid-19, ibu-6 tunggal, golongan kelainan upaya (OKU) serta warga Rohingya dan Myanmar.

Temubual bersama Naib Presiden Pertubuhan Produk Ummah Malaysia, Razali Latiff selepas memberikan barangan keperluan harian kepada warga Rohingya dan Myanmar di Selayang, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 27 JUN 2021.
Razali Latiff . Foto HAZROL ZAINAL, 27 JUN 2021.

Menurut Naib Presiden Pertubuhan Produk Ummah Malaysia, Razali Latiff kebanyakan penerima bantuan adalah mereka yang bekerja di Pasar Borong Selayang yang hilang pendapatan sejak tidak dibenarkan bekerja.

“Mereka ini terkesan dengan Covid-19, maka dengan itu kami beranggapan mereka perlu dibantu. Walaubagaimanapun kita akur dengan arahan kerajaan supaya menjaga SOP, maka kita buat secara ringkas sahaja.

“Kami serahkan secara berperingkat-peringkat kepada semua penerima. Kami sudah ada senarai penerima dan selebihnya kami pilih secara rambang kerana mereka ini adalah warga asing sebab ada yang suami sudah kena tangkap jadi isteri dan anak-anak mereka berada dalam keadaan yang susah,” katanya.

Bagi etnik Rohingnya, Furibanum, 40 beliau dalam keadaan tersepit apabila tidak boleh bekerja semasa pandemik.

Ibu kepada enam anak ini kini kesempitan wang kerana tidak dapat bekerja kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh yang dilaksanakan kerajaan.

“Kerja tidak ada jadi nak makan pun susah, barang-barang makanan pun sudah tidak ada. Sebelum ini saya kerja di Pasar Borong Selayang tetapi disebabkan PKP saya tidak ada pendapatan.

“Suami saya sakit kencing manis, darah tinggi lagi. Terima kasih dengan bantuan ini,” katanya.

Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Selayang Lama, Mohammed Sharif Abdul Rahman pula berkata, sumbangan yang diberikan ini aamt besar kesannya kepada penduduk sekitar Kampung Selayang Lama kerana ramai di antara mereka yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

Jelasnya, tekanan ekonomi ini jelas membataskan sebilangan besar penduduk untuk menyara kehidupan keluarga mereka.

“Saya berharap kerajaan dapat bantu penduduk dengan meringankan beban mereka akibat Covid-19, bantuan ini untuk ringankan beban penduduk di sekitar Selayang Lama,” ujarnya.

Antara sumbangan yang diberikan adalah beras, minyak masak, kentang dan bawang bagi kegunaan harian penduduk. – MalaysiaGazette