Covid-19 cases

KUALA LUMPUR – Jumlah kumulatif Covid-19 kini mencecah 739,266 berikutan kes terbaharu yang direkodkan hari ini sebanyak 5,218 kes.

Selangor masih lagi menjadi negeri mencatat penularan tertinggi iaitu 1,989, diikuti dengan Negeri Sembilan (629 kes).

Kuala Lumpur, ketiga tertinggi dengan 469 kes.

Sarawak pula 409 kes, Perak (400), Sabah (258) dan
Johor (243 kes).

Kelantan (101), Pulau Pinang (88), Kedah (194), Melaka (183) , Pahang (111) dan Terengganu (23).

Labuan (108), WP Putrajaya (8) dan Perlis (5),  kata Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini. – MalaysiaGazette