Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu yang selesai menjalani pembedahan kecil pada Khamis lalu telah keluar dari hospital hari ini.

“Alhamdulillah. Saya telah keluar dari hospital. Terima kasih kepada semua yang mendoakan.

“Moga kita semua kekal sihat dan terpelihara daripada segala penyakit,” ciap beliau di Twitternya hari ini.

MalaysiaGazette sebelum ini melaporkan Mohamad Sabu atau lebih sinomin dengan panggilan Mat Sabu telah menjalani pembedahan kecil minggu lalu.

Perkara itu disahkan Setiausaha Politiknya, Nasaie Ismail.

Sebelum ini tular, sebuah gambar Ahli Parlimen Kota Raja itu yang terlantar di katil hospital dengan memakai gelang putih di tangan kanannya.

Perkara itu dimaklumkan menerusi Twitter Antonio Samad hari ini dengan bersertakan sekeping gambar menunjukkan Mat Sabu di atas katil dan seorang lelaki berdiri di sisinya.

Timbalan Presiden Pakatan Harapan (PH) itu bagaimanapun tidak dijangkiti virus Covid-19. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Mat Sabu masuk wad, pakai gelang putih