Gambar menunjukan Mohamad di atas katil di sebuah wad hospital. Foto: Twitter Antonio Samad

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Amanah, Mohamad Sabu kini sedang menjalani rawatan di sebuah hospital.

Perkara itu dimaklumkan menerusi Twitter Antonio Samad hari ini dengan bersertakan sekeping gambar menunjukkan Mohamad di atas katil dan seorang lelaki berdiri di sisinya.

Bagaimanapun tidak diketahui sebab Ahli Parlimen Kota Raja itu dimasukkan ke wad.

“Semoga abg @MSabu_Official dikurniakan kesembuhan, dipermudahkan urusan. Insya Allah,” ciapnya di laman sosial itu.

Berdasarkan pemerhatian, sebelah kanan tangan Mohamad dilihat terdapat gelang warna putih yang kebiasaannya dipakaikan kepada individu yang dikesan ada kaitan dengan Covid-19.

Manakala sebelah kiri tangannya pula terlihat drip untuk memasukkan air dan ubat yang selalu dipasang kepada pesakit yang menerima rawatan dihospital.

Kelihatan daripada raut wajah menunjukkan Mohamad penat berkemungkinan akibat sakit yang dialaminya.

Semalam, Pejabat Presiden Amanah mengesahkan Mohamad dimasukkan ke wad sejak Khamis lalu bagi menjalani pembedahan kecil.

Beliau dijangka keluar esok.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast